Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2020

Agar

Maksud 1: Supaya, semoga. Contoh Ayat: Awak harus bersekolah agar menjadi pandai. Maksud 2: Digunakan dalam frasa 'agar-agar'. Sejenis tumbuhan lumut laut yang hidup atau yang sudah diproses untuk dimasak menjadi kuih atau penganan. Juga sejenis kuih. Contoh Ayat: Saya suka makan kuih agar-agar sebagai pencuci mulut.

Agama

Maksud: Kepercayaan pada Tuhan/Dewa dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan/Dewa yang dipuja dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pada yang Maha Kuasa. Contoh Ayat: Agama Hindu dikenali sebagai agama besar yang tertua di dunia.

Agam

Maksud 1: Besar, tegap. Contoh Ayat: Setelah menyerap kuasa daripada musuhnya yang tewas, badannya semakin agam . Maksud 2: Tidak ada akhir, larut, selama-lamanya. Contoh Ayat: Telah menjadi takdirnya untuk merayau-rayau secara agam di dunia tanpa tujuan.

Adun

Maksud 1: Meramas/menguli tepung dengan air/santan/susu dan lain-lain. Contoh Ayat: Ibu mengadun tepung gandum kuda untuk membuat mi soba. Maksud 2: Elok/molek kerana berhias/berdandan/bersolek. Contoh Ayat: Peragawati itu kelihatan adun dan cocok dengan pakaiannya.

Aduk

Maksud 1: Mengacau, mangarau. Contoh Ayat: Tidak perlu mengaduk atau menggoncang tangki penyumbat setiap masa. Maksud 2: Membongkar-bongkar dengan tidak tentu. Contoh Ayat: Dia mengaduk-aduk bukunya untuk mencari kisah yang menceritakan hal yang mengejutkan itu. Maksud 3: Barang yang telak dicampur. Contoh Ayat: Kontraktor itu mengambil adukan simen tersebut untuk menyambung kerja pembinaannya.

Adrenosklerosis

Maksud: Pengerasan struktur kelenjar. Indurasi. Contoh Ayat: Adrenosklerosis coklat adalah fibrosis dan pigmentasi hemosiderin paru-paru yang disebabkan oleh kesesakan pulmonari yang lama (kesesakan pasif kronik).

Adrenalina

Maksud: Hormon yang dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal yang menolong badan bersedia menghadapi keadaan cemas kerana kesannya berguna untuk tindakan lawan-atau-lari. Contoh Ayat: Pengaruh adrenalina terhad, terutamanya kepada kesan metabolisme dan kesan bronkodilasi terhadap organ-organ yang tidak berpenyarafan simpatetik terus.

Adrenal

Maksud: Berkenaan sesuatu yang berdekatan dengan atau berkaitan dengan ginjal. Contoh Ayat: Terletak di sepanjang perimeter kelenjar adrenal , korteks adrenal mengantara respon tekanan melalui pengeluaran mineralokortikoid dan glukokortikoid, seperti aldosteron dan kortisol.