Skip to main content

Agas

Maksud 1: Sejenis serangga kecil yang sangat mengganggu.
Contoh Ayat:Agas ialah serangga yang seakan-akan nyamuk tetapi lebih kecil tergolong dalam suborder Nematocera, terutamanya dalam famili Mycetophilidae, Anisopodidae dan Sciaridae dan biasanya terdapat di tepi laut, sungai dan kawasan semak.

Maksud 2: Digunakan dalam frasa 'tali agas'. Tali senam, tali kala, tali tempat perempuan yang sedang bersalin berpegang.
Contoh Ayat: Aminah menggunakan tali agas untuk berpegang ketika dirinya melahirkan anak.

Comments

Popular posts from this blog

Abstrak

Maksud: Tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala. Contoh Ayat: Dia suka menghasilkan seni abstrak yang mengelirukan minda.

Adab

Maksud 1: Tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan. Contoh Ayat: Dia seorang yang tinggi adab nya. Maksud 2: Cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu. Contoh Ayat: Kita harus sentiasa menjaga adab makan.

Adrenalina

Maksud: Hormon yang dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal yang menolong badan bersedia menghadapi keadaan cemas kerana kesannya berguna untuk tindakan lawan-atau-lari. Contoh Ayat: Pengaruh adrenalina terhad, terutamanya kepada kesan metabolisme dan kesan bronkodilasi terhadap organ-organ yang tidak berpenyarafan simpatetik terus.