Skip to main content

Abdomen

Maksud: Rongga di bahagian tengah badan vertebrat yang berisi organ-organ seperti perut, usus, buah pinggang, dan hati. Invertebrat juga mempunyai abdomen, tetapi struktur dan bahagian-bahagiannya berbeza dengan abdomen vertebrat.
Contoh Ayat: Abdomen interverbrat dibentuk oleh siri plat atas cekung yang disebut sebagai tergit dan plat atas cembung yang dikenali sebagai sternit, di mana keseluruhannya dicantum oleh membran yang boleh diregang.

Comments

Popular posts from this blog

Adrenalina

Maksud: Hormon yang dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal yang menolong badan bersedia menghadapi keadaan cemas kerana kesannya berguna untuk tindakan lawan-atau-lari. Contoh Ayat: Pengaruh adrenalina terhad, terutamanya kepada kesan metabolisme dan kesan bronkodilasi terhadap organ-organ yang tidak berpenyarafan simpatetik terus.

Adab

Maksud 1: Tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan. Contoh Ayat: Dia seorang yang tinggi adab nya. Maksud 2: Cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu. Contoh Ayat: Kita harus sentiasa menjaga adab makan.

Agas

Maksud 1: Sejenis serangga kecil yang sangat mengganggu. Contoh Ayat: Agas ialah serangga yang seakan-akan nyamuk tetapi lebih kecil tergolong dalam suborder Nematocera, terutamanya dalam famili Mycetophilidae, Anisopodidae dan Sciaridae dan biasanya terdapat di tepi laut, sungai dan kawasan semak. Maksud 2: Digunakan dalam frasa 'tali agas'. Tali senam, tali kala, tali tempat perempuan yang sedang bersalin berpegang. Contoh Ayat: Aminah menggunakan tali agas untuk berpegang ketika dirinya melahirkan anak.