Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2019

Adai

Maksud: Juga digunakan dalam frasa ' adai -badai' untuk gandaannya. Tudung saji yang bersulam. Contoh Ayat: Pameran seni ini mempunyai banyak adai -badai pelbagai corak.

Adab

Maksud 1: Tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan. Contoh Ayat: Dia seorang yang tinggi adab nya. Maksud 2: Cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu. Contoh Ayat: Kita harus sentiasa menjaga adab makan.

Ada

Maksud 1: Boleh didapati (ditemui, dilihat, dan sebagainya), bukan khayalan atau rekaan, wujud. Contoh Ayat: Ramai orang mempercayai makhluk mitos itu ada . Maksud 2: Boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dan sebagainya) di sesuatu tempat. Contoh Ayat: Gula dan kopi ada di dalam almari itu. Maksud 3: Telah sedia, telah terkumpul, dan sebagainya (untuk diberi perhatian dan sebagainya). Contoh Ayat: Ada banyak surat yang perlu ditandatangani. Maksud 4: Mempunyai. Contoh Ayat: Razi ada banyak mainan di dalam biliknya. Maksud 5: Masih hidup, belum meninggal dunia. Contoh Ayat: Moyangnya masih ada walaupun sudah berumur lebih seratus tahun. Maksud 6: Benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan untuk menguatkan kata kerja selepasnya). Contoh Ayat: Dia ada pergi ke sekolah petang tadi. Maksud 7: Hadir (digunakan sebagai menjawab panggilan seperti menjawab guru sewaktu memastikan kedatangan murid dan lain-lain). Contoh Ayat: "Faris?" " Ada ....

Acum

Maksud: Menghasut supaya bermusuhan, mengajak berkelahi/menentang. Contoh Ayat: Karim digelar batu api kerana gemar mengacum rakan-rakannya untuk kepentingan diri sendiri.

Acu

Maksud 1: Membuat gerak laku untuk mengancam atau menakut-nakutkan, mengacungkan, menunjukkan sebagai ancaman (seperti mengangkat genggaman tangan, mengangkat atau menghalakan senjata untuk menikam, menembak, dan sebagainya). Contoh Ayat: Pencuri mengacukan parangnya kepada mangsanya. Maksud 2: Digunakan dalam frasa ' mengacu-acu '. Memikir-mikirkan (sesuatu yang hendak dilakukan dan caranya), berniat, berfikir-fikir, beragak-agak (hendak membuat sesuatu). Contoh Ayat: Faris sedang mengacu-acu tentang projeknya yang akan bermula pada minggu hadapan. Maksud 3: Digunakan dalam frasa ' mengacu-acu '. Menunjuk/menarik perhatian/merujuk kepada sesuatu. Contoh Ayat: Dalam syarahannya, dia selalu mengacu-acu kepada bukunya. Maksud 4: Digunakan dalam frasa ' mengacu-acukan '. Menganjurkan, merancang-rancangkan. Contoh Ayat: Sudah lama dia mengacu-acukan langkah ini. Maksud 5: Membentuk (kuih, peluru, dan lain-lain) dengan cara menuang bahan cecairnya ke ...