Skip to main content

Ada

Maksud 1: Boleh didapati (ditemui, dilihat, dan sebagainya), bukan khayalan atau rekaan, wujud.
Contoh Ayat: Ramai orang mempercayai makhluk mitos itu ada.

Maksud 2: Boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dan sebagainya) di sesuatu tempat.
Contoh Ayat: Gula dan kopi ada di dalam almari itu.

Maksud 3: Telah sedia, telah terkumpul, dan sebagainya (untuk diberi perhatian dan sebagainya).
Contoh Ayat: Ada banyak surat yang perlu ditandatangani.

Maksud 4: Mempunyai.
Contoh Ayat: Razi ada banyak mainan di dalam biliknya.

Maksud 5: Masih hidup, belum meninggal dunia.
Contoh Ayat: Moyangnya masih ada walaupun sudah berumur lebih seratus tahun.

Maksud 6: Benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan untuk menguatkan kata kerja selepasnya).
Contoh Ayat: Dia ada pergi ke sekolah petang tadi.

Maksud 7: Hadir (digunakan sebagai menjawab panggilan seperti menjawab guru sewaktu memastikan kedatangan murid dan lain-lain).
Contoh Ayat: "Faris?" "Ada."

Maksud 8: Apakah (digunakan untuk melembutkan pertanyaan).
Contoh Ayat: Ada encik melihat adik saya?

Comments

Popular posts from this blog

Abstrak

Maksud: Tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala. Contoh Ayat: Dia suka menghasilkan seni abstrak yang mengelirukan minda.

Adab

Maksud 1: Tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan. Contoh Ayat: Dia seorang yang tinggi adab nya. Maksud 2: Cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu. Contoh Ayat: Kita harus sentiasa menjaga adab makan.

Adrenalina

Maksud: Hormon yang dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal yang menolong badan bersedia menghadapi keadaan cemas kerana kesannya berguna untuk tindakan lawan-atau-lari. Contoh Ayat: Pengaruh adrenalina terhad, terutamanya kepada kesan metabolisme dan kesan bronkodilasi terhadap organ-organ yang tidak berpenyarafan simpatetik terus.