Skip to main content

Acu

Maksud 1: Membuat gerak laku untuk mengancam atau menakut-nakutkan, mengacungkan, menunjukkan sebagai ancaman (seperti mengangkat genggaman tangan, mengangkat atau menghalakan senjata untuk menikam, menembak, dan sebagainya).
Contoh Ayat: Pencuri mengacukan parangnya kepada mangsanya.

Maksud 2: Digunakan dalam frasa 'mengacu-acu'. Memikir-mikirkan (sesuatu yang hendak dilakukan dan caranya), berniat, berfikir-fikir, beragak-agak (hendak membuat sesuatu).
Contoh Ayat: Faris sedang mengacu-acu tentang projeknya yang akan bermula pada minggu hadapan.

Maksud 3: Digunakan dalam frasa 'mengacu-acu'. Menunjuk/menarik perhatian/merujuk kepada sesuatu.
Contoh Ayat: Dalam syarahannya, dia selalu mengacu-acu kepada bukunya.

Maksud 4: Digunakan dalam frasa 'mengacu-acukan'. Menganjurkan, merancang-rancangkan.
Contoh Ayat: Sudah lama dia mengacu-acukan langkah ini.

Maksud 5: Membentuk (kuih, peluru, dan lain-lain) dengan cara menuang bahan cecairnya ke dalam sesuatu bekas atau acuan, mencetak (peluru, roda kereta api, dan lain-lain).
Contoh Ayat: Dia mengacu besi lebur itu ke dalam acuan untuk membuat peluru.

Maksud 6: Digunakan dalam frasa 'acuan'. Bekas yang mempunyai bentuk tertentu untuk dituangkan sesuatu bahan cecair.
Contoh Ayat: Ibu sedang membuat kuih menggunakan acuan baharunya.

Maksud 7: Digunakan dalam frasa 'acuan'. Alat (seperti kerangka, pemidang, dan sebagainya) untuk sesuatu.
Contoh Ayat: Acuan gelung kayu digunakan untuk meregang kain dasar bagi memudahkan sulaman silang pangkah di samping mengelakkan kedutan atau lipatan.

Maksud 8: Sesuatu perkara yang dapat membentuk/mencorakkan sesuatu perkara abstrak.
Contoh Ayat: Proses pembesaran kanak-kanak akan menjadi acuan kepada sikap sebenar yang akan diwarisi.

Maksud 9: Digunakan dalam frasa 'mengacu'. Memakai sesuatu (baju, kasut, dan sebagainya) seketika untuk mengetahui sama ada muat/sedap pakai atau tidak.
Contoh Ayat: Haris mengacu kasut putih itu sebelum membelinya.

Maksud 10: Sejenis tumbuhan pokok (Knema hookeriana) yang juga dikenali sebagai mendarah daun besar, rengas daun besar, penarahan daun besar, penarahan arang daun besar.
Contoh Ayat: Pokok acu terdapat di Sumatera, Semenanjung Malaysia, Singapura, dan Thailand.

Comments

Popular posts from this blog

Adab

Maksud 1: Tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan. Contoh Ayat: Dia seorang yang tinggi adab nya. Maksud 2: Cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu. Contoh Ayat: Kita harus sentiasa menjaga adab makan.

Adrenalina

Maksud: Hormon yang dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal yang menolong badan bersedia menghadapi keadaan cemas kerana kesannya berguna untuk tindakan lawan-atau-lari. Contoh Ayat: Pengaruh adrenalina terhad, terutamanya kepada kesan metabolisme dan kesan bronkodilasi terhadap organ-organ yang tidak berpenyarafan simpatetik terus.

Abstrak

Maksud: Tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala. Contoh Ayat: Dia suka menghasilkan seni abstrak yang mengelirukan minda.