Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2019

Acik

Maksud: Nama timangan bagi anak yang kedua bongsu. Contoh Ayat: Danial merupakan sulung dalam 5 adik-beradiknya manakala Sarah merupakan acik dalam kalangan adik-beradik tersebut.

Aci

Maksud 1: Diterima, jadi, sah, (dalam permainan, pertaruhan, dan lain-lain). Contoh Ayat: Permainan catur diteruskan kerana langkah aneh Salim telah ditentukan sebagai aci dan bukan berunsur penipuan. Maksud 2: Gandar roda. Contoh Ayat: Aci itu perlu diberi gris supaya boleh berfungsi dengan baik. Maksud 3: Digunakan dalam frasa 'aci-aci'. Kayu panjang untuk menggulung layar. Contoh Ayat: Anak kapal sedang memutarkan aci-aci sebaik sahaja tiba di pelabuhan. Maksud 4: Tepung (sagu,ubi kayu, dan lain-lain). Contoh Ayat: Sebarang bijirin dan kekacang boleh dikisar halus menjadi aci .

Acara

Maksud 1: Susunan perkara untuk dibincangkan dalam mesyuarat (perundingan dan sebagainya), agenda. Contoh Ayat: Acara hari ini adalah untuk membincangkan hal-hal masa hadapan syarikat. Maksud 2: Rancangan atau susunan rancangan untuk sesuatu pertunjukan (pertandingan sukan dan lain-lain), program. Contoh Ayat: Satu jawatankuasa khas akan menyusun acara yang akan diadakan pada hari ulang tahun itu. Maksud 3: Kegiatan (persembahan dan lain-lain) biasanya dalam sesuatu program. Contoh Ayat: Carilah jalan untuk bersuka ria dan hadirilah lebih banyak acara sosial.

Acar

Maksud: Sejenis makanan yang diperbuat daripada buah-buahan atau sayur-sayuran dengan bahan-bahan lain dan diasamkan dengan cuka (selalunya dimakan dengan nasi). Contoh Ayat: Terdapat beberapa jenis acar seperti acar limau, acar lobak parut, acar mentimun, dan acar telur.

Acap

Maksud 1: Digunakan dalam frasa ' acap-acap ' dan ' acap kali'. Kerap kali, sering kali, beberapa kali, berulang-ulang. Contoh Ayat: Dia masih melakukannya walaupun sudah acap kali ditegur. Maksud 2: Penuh dengan air, terendam dalam air (kayu dan lain-lain), tergenang oleh air (padang, sawah, dan lain-lain). Contoh Ayat: Keretanya sudah acap akibat banjir kilat yang melanda rumahnya semalam. Maksud 3: Terbenam dalam-dalam (kaki dalam lumpur, mata keris pada tubuh seseorang, dan lain-lain). Contoh Ayat: Anak panah yang dilancarkan olehnya telah acap ke dalam papan sasaran.

Acan

Maksud 1: Melakukan gerak pukulan atau serangan untuk mengelirukan atau menyesatkan lawan. Contoh Ayat: Peninju berseluar merah itu mengacan lawannya sebaik sahaja perlawanan bermula. Maksud 2: Mengharapkan, mencita-citakan. Contoh Ayat: Razi sering mengacan untuk memiliki rumah mewah.

Abus

Maksud 1: Bahagian atau pecahan yang terkecil. Contoh Ayat: Abus untuk pecahan 50/100 adalah 1/2. Maksud 2: Duit syiling zaman dahulu yang terendah nilainya. Contoh Ayat: 1 sen merupakan abus yang tidak digunakan lagi. Maksud 3: Sedikit sekali, tidak berharga, tidak mempunyai nilai. Contoh Ayat: Telefon pintar yang mahal itu menjadi abus nilainya apabila skrinnya pecah.

Abur

Maksud: Membuang-buang (wang dan lain-lain), menghaburkan, membazirkan, memboroskan. Contoh Ayat: Azri suka mengabur wangnya dengan membeli permainan video.

Abung

Maksud: Sejenis limau. Limau bali, limau besar, limau tambun, limau betawi, pomelo. Contoh Ayat:  Di Malaysia, limau abung banyak ditanam di negeri Perak, Kedah, Melaka, Kelantan, Johor, dan Sabah.

Abu

Maksud 1: Sisa sesuatu yang telah hangus dibakar atau terbakar. Contoh Ayat 1: Abu daripada ranting dan daun kering yang dibakar boleh dijadikan baja. Maksud 2: Debu, serbuk. Contoh Ayat 2: Melur menggosok matanya kerana termasuk abu yang berterbangan di udara. Maksud 3: Kalah (dalam permainan congkak dan lain-lain). Contoh Ayat 3: Jamal telah abu dalam permainan congkak menentang rakannya.