Skip to main content

Acap

Maksud 1: Digunakan dalam frasa 'acap-acap' dan 'acap kali'. Kerap kali, sering kali, beberapa kali, berulang-ulang.
Contoh Ayat: Dia masih melakukannya walaupun sudah acap kali ditegur.

Maksud 2: Penuh dengan air, terendam dalam air (kayu dan lain-lain), tergenang oleh air (padang, sawah, dan lain-lain).
Contoh Ayat: Keretanya sudah acap akibat banjir kilat yang melanda rumahnya semalam.

Maksud 3: Terbenam dalam-dalam (kaki dalam lumpur, mata keris pada tubuh seseorang, dan lain-lain).
Contoh Ayat: Anak panah yang dilancarkan olehnya telah acap ke dalam papan sasaran.

Comments

Popular posts from this blog

Abstrak

Maksud: Tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala. Contoh Ayat: Dia suka menghasilkan seni abstrak yang mengelirukan minda.

Adab

Maksud 1: Tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan. Contoh Ayat: Dia seorang yang tinggi adab nya. Maksud 2: Cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu. Contoh Ayat: Kita harus sentiasa menjaga adab makan.

Adrenalina

Maksud: Hormon yang dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal yang menolong badan bersedia menghadapi keadaan cemas kerana kesannya berguna untuk tindakan lawan-atau-lari. Contoh Ayat: Pengaruh adrenalina terhad, terutamanya kepada kesan metabolisme dan kesan bronkodilasi terhadap organ-organ yang tidak berpenyarafan simpatetik terus.