Skip to main content

Abu

Maksud 1: Sisa sesuatu yang telah hangus dibakar atau terbakar.
Contoh Ayat 1: Abu daripada ranting dan daun kering yang dibakar boleh dijadikan baja.

Maksud 2: Debu, serbuk.
Contoh Ayat 2: Melur menggosok matanya kerana termasuk abu yang berterbangan di udara.

Maksud 3: Kalah (dalam permainan congkak dan lain-lain).
Contoh Ayat 3: Jamal telah abu dalam permainan congkak menentang rakannya.

Comments

Popular posts from this blog

Abstrak

Maksud: Tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala. Contoh Ayat: Dia suka menghasilkan seni abstrak yang mengelirukan minda.

Adab

Maksud 1: Tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan. Contoh Ayat: Dia seorang yang tinggi adab nya. Maksud 2: Cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu. Contoh Ayat: Kita harus sentiasa menjaga adab makan.

Adrenalina

Maksud: Hormon yang dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal yang menolong badan bersedia menghadapi keadaan cemas kerana kesannya berguna untuk tindakan lawan-atau-lari. Contoh Ayat: Pengaruh adrenalina terhad, terutamanya kepada kesan metabolisme dan kesan bronkodilasi terhadap organ-organ yang tidak berpenyarafan simpatetik terus.