Skip to main content

Aci

Maksud 1: Diterima, jadi, sah, (dalam permainan, pertaruhan, dan lain-lain).
Contoh Ayat: Permainan catur diteruskan kerana langkah aneh Salim telah ditentukan sebagai aci dan bukan berunsur penipuan.

Maksud 2: Gandar roda.
Contoh Ayat: Aci itu perlu diberi gris supaya boleh berfungsi dengan baik.

Maksud 3: Digunakan dalam frasa 'aci-aci'. Kayu panjang untuk menggulung layar.
Contoh Ayat: Anak kapal sedang memutarkan aci-aci sebaik sahaja tiba di pelabuhan.

Maksud 4: Tepung (sagu,ubi kayu, dan lain-lain).
Contoh Ayat: Sebarang bijirin dan kekacang boleh dikisar halus menjadi aci.

Comments

Popular posts from this blog

Adab

Maksud 1: Tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan. Contoh Ayat: Dia seorang yang tinggi adab nya. Maksud 2: Cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu. Contoh Ayat: Kita harus sentiasa menjaga adab makan.

Adrenalina

Maksud: Hormon yang dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal yang menolong badan bersedia menghadapi keadaan cemas kerana kesannya berguna untuk tindakan lawan-atau-lari. Contoh Ayat: Pengaruh adrenalina terhad, terutamanya kepada kesan metabolisme dan kesan bronkodilasi terhadap organ-organ yang tidak berpenyarafan simpatetik terus.

Abstrak

Maksud: Tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala. Contoh Ayat: Dia suka menghasilkan seni abstrak yang mengelirukan minda.