Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Agas

Maksud 1: Sejenis serangga kecil yang sangat mengganggu. Contoh Ayat: Agas ialah serangga yang seakan-akan nyamuk tetapi lebih kecil tergolong dalam suborder Nematocera, terutamanya dalam famili Mycetophilidae, Anisopodidae dan Sciaridae dan biasanya terdapat di tepi laut, sungai dan kawasan semak. Maksud 2: Digunakan dalam frasa 'tali agas'. Tali senam, tali kala, tali tempat perempuan yang sedang bersalin berpegang. Contoh Ayat: Aminah menggunakan tali agas untuk berpegang ketika dirinya melahirkan anak.

Agar

Maksud 1: Supaya, semoga. Contoh Ayat: Awak harus bersekolah agar menjadi pandai. Maksud 2: Digunakan dalam frasa 'agar-agar'. Sejenis tumbuhan lumut laut yang hidup atau yang sudah diproses untuk dimasak menjadi kuih atau penganan. Juga sejenis kuih. Contoh Ayat: Saya suka makan kuih agar-agar sebagai pencuci mulut.

Agama

Maksud: Kepercayaan pada Tuhan/Dewa dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan/Dewa yang dipuja dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pada yang Maha Kuasa. Contoh Ayat: Agama Hindu dikenali sebagai agama besar yang tertua di dunia.

Agam

Maksud 1: Besar, tegap. Contoh Ayat: Setelah menyerap kuasa daripada musuhnya yang tewas, badannya semakin agam . Maksud 2: Tidak ada akhir, larut, selama-lamanya. Contoh Ayat: Telah menjadi takdirnya untuk merayau-rayau secara agam di dunia tanpa tujuan.

Adun

Maksud 1: Meramas/menguli tepung dengan air/santan/susu dan lain-lain. Contoh Ayat: Ibu mengadun tepung gandum kuda untuk membuat mi soba. Maksud 2: Elok/molek kerana berhias/berdandan/bersolek. Contoh Ayat: Peragawati itu kelihatan adun dan cocok dengan pakaiannya.

Aduk

Maksud 1: Mengacau, mangarau. Contoh Ayat: Tidak perlu mengaduk atau menggoncang tangki penyumbat setiap masa. Maksud 2: Membongkar-bongkar dengan tidak tentu. Contoh Ayat: Dia mengaduk-aduk bukunya untuk mencari kisah yang menceritakan hal yang mengejutkan itu. Maksud 3: Barang yang telak dicampur. Contoh Ayat: Kontraktor itu mengambil adukan simen tersebut untuk menyambung kerja pembinaannya.

Adrenosklerosis

Maksud: Pengerasan struktur kelenjar. Indurasi. Contoh Ayat: Adrenosklerosis coklat adalah fibrosis dan pigmentasi hemosiderin paru-paru yang disebabkan oleh kesesakan pulmonari yang lama (kesesakan pasif kronik).

Adrenalina

Maksud: Hormon yang dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal yang menolong badan bersedia menghadapi keadaan cemas kerana kesannya berguna untuk tindakan lawan-atau-lari. Contoh Ayat: Pengaruh adrenalina terhad, terutamanya kepada kesan metabolisme dan kesan bronkodilasi terhadap organ-organ yang tidak berpenyarafan simpatetik terus.

Adrenal

Maksud: Berkenaan sesuatu yang berdekatan dengan atau berkaitan dengan ginjal. Contoh Ayat: Terletak di sepanjang perimeter kelenjar adrenal , korteks adrenal mengantara respon tekanan melalui pengeluaran mineralokortikoid dan glukokortikoid, seperti aldosteron dan kortisol.

Adiwangsa

Maksud: Bangsa utama (mulia). Kata penuh bagi "diwangsa". Contoh Ayat: Adiwangsa atau ras unggul adalah konsep dalam ideologi Nazi di mana kaum Nordik atau Arya yang ramai dalam kalangan orang Jerman dan orang-orang Eropah utara yang lain dianggap berkedudukan tertinggi dalam hierarki perkauman.

Adisejuk

Maksud: Berkenaan cecair atau bahan yang menyejuk atau dijadikan sejuk sehingga ke bawah takat sejuk beku tanpa cecair itu membeku. Contoh Ayat: Kabut adisejuk menyebabkan raim terumpuk pada objek yang terdedah.

Adiratna

Maksud: Permata yang mulia (bahasa kiasan bagi perempuan yang cantik). Contoh Ayat: Dia terpegun melihat adiratna yang berjalan perlahan keluar dari kedai itu.

Adipsia

Maksud: Keadaan abnormal yang menyebabkan seseorang mengelak daripada minum (tidak terasa dahaga). Contoh Ayat: Adipsia melibatkan peningkatan keosmolalan atau kepekatan larut dalam air kencing yang merangsang rembesan hormon antidiuretik (ADH) dari hipotalamus ke ginjal.

Adipos

Maksud: Mengandungi lemak atau menyerupai lemak. Contoh Ayat: Dalam biologi, tisu adipos , lemak badan, atau hanya lemak adalah tisu penghubung yang longgar yang kebanyakannya terdiri daripada adiposit.

Adinda

Maksud: Adik. Digunakan sebagai bahasa halus dalam kalangan keluarga raja, dalam surat-menyurat, dan lan-lain. Contoh Ayat: "Apakah hajat adinda? Katakanlah."

Adil

Maksud 1: Sesuatu yang/dengan berdasarkan pertimbangan (peraturan, ketentuan, dan lain-lain) yang wajar atau berpatutan (berkenaan orang, tindakan, hukuman, keputusan, undang-undang, dan lain-lain), tidak memihak ke mana-mana (apabila memutuskan sesuatu dan sebagainya) sewenang-wenangnya. Contoh Ayat: Raja negeri itu disukai ramai kerana sikapnya yang adil dalam memerintah. Maksud 2: Tidak melebihi atau kurang daripada yang sewajarnya, sepatutnya. Contoh Ayat: Mangsa itu hanya meminta tuntutan yang adil untuk perbuatan pesalah itu.

Adikudrati

Maksud: Kejadian/perkara yang diluar kekuasaan alam fizikal, perkara ghaib, perkara paranormal, mukjizat. Contoh Ayat: Penampakan pari-pari merupakan fenomena adikudrati .

Adikuasa

Maksud: Kuasa utama, kuasa tertinggi. Contoh Ayat: Dunia memang sudah berubah sejak adikuasa Kesatuan Soviet hilang taringnya dan dibubarkan.

Adikong

Maksud: Pembantu peribadi kepada pembesar seperti sultan, perdana menteri, dan lain-lain. Contoh Ayat: Permaisuri Elizabeth menjadikan Putera Harry sebagai adikongnya .

Adikara

Maksud 1: Kekuasaan, berkuasa. Contoh Ayat: Razi dapat merasa adikaranya berganda apabila menjadi ketua kampung terbesar di daerahnya. Maksud 2: Sewenang-wenang. Contoh Ayat: Megat memijak rumput secara adikara apabila tiada orang yang memerhatinya.

Adik

Maksud 1: Saudara kandung lelaki atau perempuan yang lebih muda. Contoh Ayat: Liana mempunyai dua orang adik lelaki. Maksud 2: Panggilan yang khasnya kepada saudara kandung atau saudara mara yang lebih muda atau kepada isteri dan yang amnya kepada orang yang lebih muda. Cotoh Ayat: ' Adik , boleh saya memesan satu teh tarik?'

Adat

Maksud 1: Peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun (sejak dulu kala) di dalam sesuatu masyarakat  (sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi), lembaga. Contoh Ayat: Masyarakat Cina mempunyai adat memberikan angpau sewaktu majlis sosial dan keluarga seperti jamuan perkahwinan Cina atau perayaan Tahun Baru Cina. Maksud 2: Cara yang sudah menjadi kebiasaan. Contoh Ayat: Meminum kopi adalah adat para pekerja pada waktu pagi sebelum pergi ke tempat kerja.

Adas

Maksud 1: Digunakan dalam kata nama 'adas landi' atau 'adas pedas'. Sejenis tumbuhan herba (Foeniculum Vulgare). Contoh Ayat: Adas pedas ialah herba saka yang berbau amat harum, berwarna hijau kuning, tegak, dan bertumbuh sehingga dua meter tinggi. Maksud 2: Digunakan dalam kata nama 'adas cina' atau 'adas manis'. Sejenis tumbuhan herba (Anethum Graveolens). Contoh Ayat: Daun adas manis segar dan kering digunakan secara meluas sebagai herba di Eropah dan Asia Tengah.

Adar

Maksud 1: Bermalam di rumah orang, bertandang. Contoh Ayat: Kakak ingin beradar di rumah kawannya. Maksud 2: Sangat tua. Contoh Ayat: Bangunan bersejarah itu kelihatan adar .