Skip to main content

Adas

Maksud 1: Digunakan dalam kata nama 'adas landi' atau 'adas pedas'. Sejenis tumbuhan herba (Foeniculum Vulgare).
Contoh Ayat: Adas pedas ialah herba saka yang berbau amat harum, berwarna hijau kuning, tegak, dan bertumbuh sehingga dua meter tinggi.

Maksud 2: Digunakan dalam kata nama 'adas cina' atau 'adas manis'. Sejenis tumbuhan herba (Anethum Graveolens).
Contoh Ayat: Daun adas manis segar dan kering digunakan secara meluas sebagai herba di Eropah dan Asia Tengah.

Comments

Popular posts from this blog

Adab

Maksud 1: Tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan. Contoh Ayat: Dia seorang yang tinggi adab nya. Maksud 2: Cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu. Contoh Ayat: Kita harus sentiasa menjaga adab makan.

Adrenalina

Maksud: Hormon yang dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal yang menolong badan bersedia menghadapi keadaan cemas kerana kesannya berguna untuk tindakan lawan-atau-lari. Contoh Ayat: Pengaruh adrenalina terhad, terutamanya kepada kesan metabolisme dan kesan bronkodilasi terhadap organ-organ yang tidak berpenyarafan simpatetik terus.

Abstrak

Maksud: Tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala. Contoh Ayat: Dia suka menghasilkan seni abstrak yang mengelirukan minda.