Skip to main content

Adik

Maksud 1: Saudara kandung lelaki atau perempuan yang lebih muda.
Contoh Ayat: Liana mempunyai dua orang adik lelaki.

Maksud 2: Panggilan yang khasnya kepada saudara kandung atau saudara mara yang lebih muda atau kepada isteri dan yang amnya kepada orang yang lebih muda.
Cotoh Ayat: 'Adik, boleh saya memesan satu teh tarik?'

Comments

Popular posts from this blog

Abstrak

Maksud: Tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala. Contoh Ayat: Dia suka menghasilkan seni abstrak yang mengelirukan minda.

Adab

Maksud 1: Tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan. Contoh Ayat: Dia seorang yang tinggi adab nya. Maksud 2: Cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu. Contoh Ayat: Kita harus sentiasa menjaga adab makan.

Adrenalina

Maksud: Hormon yang dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal yang menolong badan bersedia menghadapi keadaan cemas kerana kesannya berguna untuk tindakan lawan-atau-lari. Contoh Ayat: Pengaruh adrenalina terhad, terutamanya kepada kesan metabolisme dan kesan bronkodilasi terhadap organ-organ yang tidak berpenyarafan simpatetik terus.