Skip to main content

Adat

Maksud 1: Peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun (sejak dulu kala) di dalam sesuatu masyarakat  (sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi), lembaga.
Contoh Ayat: Masyarakat Cina mempunyai adat memberikan angpau sewaktu majlis sosial dan keluarga seperti jamuan perkahwinan Cina atau perayaan Tahun Baru Cina.


Maksud 2: Cara yang sudah menjadi kebiasaan.
Contoh Ayat: Meminum kopi adalah adat para pekerja pada waktu pagi sebelum pergi ke tempat kerja.

Comments

Popular posts from this blog

Adrenalina

Maksud: Hormon yang dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal yang menolong badan bersedia menghadapi keadaan cemas kerana kesannya berguna untuk tindakan lawan-atau-lari. Contoh Ayat: Pengaruh adrenalina terhad, terutamanya kepada kesan metabolisme dan kesan bronkodilasi terhadap organ-organ yang tidak berpenyarafan simpatetik terus.

Adab

Maksud 1: Tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan. Contoh Ayat: Dia seorang yang tinggi adab nya. Maksud 2: Cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu. Contoh Ayat: Kita harus sentiasa menjaga adab makan.

Abstrak

Maksud: Tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala. Contoh Ayat: Dia suka menghasilkan seni abstrak yang mengelirukan minda.