Skip to main content

Adil

Maksud 1: Sesuatu yang/dengan berdasarkan pertimbangan (peraturan, ketentuan, dan lain-lain) yang wajar atau berpatutan (berkenaan orang, tindakan, hukuman, keputusan, undang-undang, dan lain-lain), tidak memihak ke mana-mana (apabila memutuskan sesuatu dan sebagainya) sewenang-wenangnya.
Contoh Ayat: Raja negeri itu disukai ramai kerana sikapnya yang adil dalam memerintah.

Maksud 2: Tidak melebihi atau kurang daripada yang sewajarnya, sepatutnya.
Contoh Ayat: Mangsa itu hanya meminta tuntutan yang adil untuk perbuatan pesalah itu.

Comments

Popular posts from this blog

Adrenalina

Maksud: Hormon yang dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal yang menolong badan bersedia menghadapi keadaan cemas kerana kesannya berguna untuk tindakan lawan-atau-lari. Contoh Ayat: Pengaruh adrenalina terhad, terutamanya kepada kesan metabolisme dan kesan bronkodilasi terhadap organ-organ yang tidak berpenyarafan simpatetik terus.

Adab

Maksud 1: Tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan. Contoh Ayat: Dia seorang yang tinggi adab nya. Maksud 2: Cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu. Contoh Ayat: Kita harus sentiasa menjaga adab makan.

Agas

Maksud 1: Sejenis serangga kecil yang sangat mengganggu. Contoh Ayat: Agas ialah serangga yang seakan-akan nyamuk tetapi lebih kecil tergolong dalam suborder Nematocera, terutamanya dalam famili Mycetophilidae, Anisopodidae dan Sciaridae dan biasanya terdapat di tepi laut, sungai dan kawasan semak. Maksud 2: Digunakan dalam frasa 'tali agas'. Tali senam, tali kala, tali tempat perempuan yang sedang bersalin berpegang. Contoh Ayat: Aminah menggunakan tali agas untuk berpegang ketika dirinya melahirkan anak.