Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Adaptasi

Maksud: Penyesuaian dengan keadaan dan sebagainya yang baru atau berbeza. Contoh Ayat: Adaptasi buku-buku Indonesia sedang diusahakan oleh Bahagian Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Adap

Maksud: Juga digunakan sebagai ' adap-adapan '. Digunakan dalam frasa 'nasi adap '. Nasi pulut berwarna kuning (dihidangkan di upacara perkahwinan). Contoh Ayat: Saya suka makan nasi adap yang dihidangkan sewaktu perkahwinan Yusuf dan Fatimah.

Adang

Maksud: Digunakan dalam frasa ' adang-adang '. Penyekat yang memisahkan, mengasingkan, dan sebagainya. Contoh Ayat: Tiap-tiap meja disekat dengan satu adang-adang .

Adai

Maksud: Juga digunakan dalam frasa ' adai -badai' untuk gandaannya. Tudung saji yang bersulam. Contoh Ayat: Pameran seni ini mempunyai banyak adai -badai pelbagai corak.

Adab

Maksud 1: Tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan. Contoh Ayat: Dia seorang yang tinggi adab nya. Maksud 2: Cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu. Contoh Ayat: Kita harus sentiasa menjaga adab makan.

Ada

Maksud 1: Boleh didapati (ditemui, dilihat, dan sebagainya), bukan khayalan atau rekaan, wujud. Contoh Ayat: Ramai orang mempercayai makhluk mitos itu ada . Maksud 2: Boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dan sebagainya) di sesuatu tempat. Contoh Ayat: Gula dan kopi ada di dalam almari itu. Maksud 3: Telah sedia, telah terkumpul, dan sebagainya (untuk diberi perhatian dan sebagainya). Contoh Ayat: Ada banyak surat yang perlu ditandatangani. Maksud 4: Mempunyai. Contoh Ayat: Razi ada banyak mainan di dalam biliknya. Maksud 5: Masih hidup, belum meninggal dunia. Contoh Ayat: Moyangnya masih ada walaupun sudah berumur lebih seratus tahun. Maksud 6: Benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan untuk menguatkan kata kerja selepasnya). Contoh Ayat: Dia ada pergi ke sekolah petang tadi. Maksud 7: Hadir (digunakan sebagai menjawab panggilan seperti menjawab guru sewaktu memastikan kedatangan murid dan lain-lain). Contoh Ayat: "Faris?" " Ada ....

Acum

Maksud: Menghasut supaya bermusuhan, mengajak berkelahi/menentang. Contoh Ayat: Karim digelar batu api kerana gemar mengacum rakan-rakannya untuk kepentingan diri sendiri.

Acu

Maksud 1: Membuat gerak laku untuk mengancam atau menakut-nakutkan, mengacungkan, menunjukkan sebagai ancaman (seperti mengangkat genggaman tangan, mengangkat atau menghalakan senjata untuk menikam, menembak, dan sebagainya). Contoh Ayat: Pencuri mengacukan parangnya kepada mangsanya. Maksud 2: Digunakan dalam frasa ' mengacu-acu '. Memikir-mikirkan (sesuatu yang hendak dilakukan dan caranya), berniat, berfikir-fikir, beragak-agak (hendak membuat sesuatu). Contoh Ayat: Faris sedang mengacu-acu tentang projeknya yang akan bermula pada minggu hadapan. Maksud 3: Digunakan dalam frasa ' mengacu-acu '. Menunjuk/menarik perhatian/merujuk kepada sesuatu. Contoh Ayat: Dalam syarahannya, dia selalu mengacu-acu kepada bukunya. Maksud 4: Digunakan dalam frasa ' mengacu-acukan '. Menganjurkan, merancang-rancangkan. Contoh Ayat: Sudah lama dia mengacu-acukan langkah ini. Maksud 5: Membentuk (kuih, peluru, dan lain-lain) dengan cara menuang bahan cecairnya ke ...

Acik

Maksud: Nama timangan bagi anak yang kedua bongsu. Contoh Ayat: Danial merupakan sulung dalam 5 adik-beradiknya manakala Sarah merupakan acik dalam kalangan adik-beradik tersebut.

Aci

Maksud 1: Diterima, jadi, sah, (dalam permainan, pertaruhan, dan lain-lain). Contoh Ayat: Permainan catur diteruskan kerana langkah aneh Salim telah ditentukan sebagai aci dan bukan berunsur penipuan. Maksud 2: Gandar roda. Contoh Ayat: Aci itu perlu diberi gris supaya boleh berfungsi dengan baik. Maksud 3: Digunakan dalam frasa 'aci-aci'. Kayu panjang untuk menggulung layar. Contoh Ayat: Anak kapal sedang memutarkan aci-aci sebaik sahaja tiba di pelabuhan. Maksud 4: Tepung (sagu,ubi kayu, dan lain-lain). Contoh Ayat: Sebarang bijirin dan kekacang boleh dikisar halus menjadi aci .

Acara

Maksud 1: Susunan perkara untuk dibincangkan dalam mesyuarat (perundingan dan sebagainya), agenda. Contoh Ayat: Acara hari ini adalah untuk membincangkan hal-hal masa hadapan syarikat. Maksud 2: Rancangan atau susunan rancangan untuk sesuatu pertunjukan (pertandingan sukan dan lain-lain), program. Contoh Ayat: Satu jawatankuasa khas akan menyusun acara yang akan diadakan pada hari ulang tahun itu. Maksud 3: Kegiatan (persembahan dan lain-lain) biasanya dalam sesuatu program. Contoh Ayat: Carilah jalan untuk bersuka ria dan hadirilah lebih banyak acara sosial.

Acar

Maksud: Sejenis makanan yang diperbuat daripada buah-buahan atau sayur-sayuran dengan bahan-bahan lain dan diasamkan dengan cuka (selalunya dimakan dengan nasi). Contoh Ayat: Terdapat beberapa jenis acar seperti acar limau, acar lobak parut, acar mentimun, dan acar telur.

Acap

Maksud 1: Digunakan dalam frasa ' acap-acap ' dan ' acap kali'. Kerap kali, sering kali, beberapa kali, berulang-ulang. Contoh Ayat: Dia masih melakukannya walaupun sudah acap kali ditegur. Maksud 2: Penuh dengan air, terendam dalam air (kayu dan lain-lain), tergenang oleh air (padang, sawah, dan lain-lain). Contoh Ayat: Keretanya sudah acap akibat banjir kilat yang melanda rumahnya semalam. Maksud 3: Terbenam dalam-dalam (kaki dalam lumpur, mata keris pada tubuh seseorang, dan lain-lain). Contoh Ayat: Anak panah yang dilancarkan olehnya telah acap ke dalam papan sasaran.

Acan

Maksud 1: Melakukan gerak pukulan atau serangan untuk mengelirukan atau menyesatkan lawan. Contoh Ayat: Peninju berseluar merah itu mengacan lawannya sebaik sahaja perlawanan bermula. Maksud 2: Mengharapkan, mencita-citakan. Contoh Ayat: Razi sering mengacan untuk memiliki rumah mewah.

Abus

Maksud 1: Bahagian atau pecahan yang terkecil. Contoh Ayat: Abus untuk pecahan 50/100 adalah 1/2. Maksud 2: Duit syiling zaman dahulu yang terendah nilainya. Contoh Ayat: 1 sen merupakan abus yang tidak digunakan lagi. Maksud 3: Sedikit sekali, tidak berharga, tidak mempunyai nilai. Contoh Ayat: Telefon pintar yang mahal itu menjadi abus nilainya apabila skrinnya pecah.

Abur

Maksud: Membuang-buang (wang dan lain-lain), menghaburkan, membazirkan, memboroskan. Contoh Ayat: Azri suka mengabur wangnya dengan membeli permainan video.

Abung

Maksud: Sejenis limau. Limau bali, limau besar, limau tambun, limau betawi, pomelo. Contoh Ayat:  Di Malaysia, limau abung banyak ditanam di negeri Perak, Kedah, Melaka, Kelantan, Johor, dan Sabah.

Abu

Maksud 1: Sisa sesuatu yang telah hangus dibakar atau terbakar. Contoh Ayat 1: Abu daripada ranting dan daun kering yang dibakar boleh dijadikan baja. Maksud 2: Debu, serbuk. Contoh Ayat 2: Melur menggosok matanya kerana termasuk abu yang berterbangan di udara. Maksud 3: Kalah (dalam permainan congkak dan lain-lain). Contoh Ayat 3: Jamal telah abu dalam permainan congkak menentang rakannya.

Absurd

Maksud: Mustahil, tidak masuk akal, bertentangan dengan fikiran yang waras. Contoh Ayat: Sesungguhnya adalah absurd untuk berbuat demikian kerana subjeknya hanya diketahui oleh segelintir manusia.

Abstraksi

Maksud: Proses membentuk gagasan atau konsep umum dengan memilih ciri-ciri umum daripada contoh-conoh yang khusus. Contoh Ayat: Dalam kebanyakan kes, pembinaan model biasanya melibatkan abstraksi ciri-ciri fenomena yang dikaji.

Abstrak

Maksud: Tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala. Contoh Ayat: Dia suka menghasilkan seni abstrak yang mengelirukan minda.

Abjad

Maksud 1: Huruf-huruf(aksara) dalam sesuatu bahasa yang disusun mengikut urutan yang tertentu. Juga dikenali sebagai alfabet. Contoh Ayat 1: Abjad yang digunakan oleh Bahasa Melayu moden adalah aksara Rumi dan aksara Jawi. Maksud 2: Urutan/susunan huruf Arab di mana setiap huruf mempunyai nilai angka untuk menyatakan tahun dan lain-lain. Contoh Ayat 2: Angka Abjad ialah sistem angka perpuluhan yang memberikan nilai angka kepada 28 huruf aksara Arab. Maksud 3: Jenis sistem tulisan yang hanya menggunakan huruf konsonan. Contoh Ayat 3: Istilah ' abjad ' diperkenalkan bersempena sebutan empat huruf pertama dalam aksara Arab, iaitu alif, ba, jim, dan dal (A B J D).

Abiogenesis

Maksud: Penjanaan (secara hipotesis) benda hidup daripada benda bukan hidup. Contoh Ayat: Abiogenesis atau biopoiesis ialah proses semulajadi yang melibatkan hidupan bangkit daripada jirim tidak hidup seperti sebatian organik mudah.

Abdomen

Maksud: Rongga di bahagian tengah badan vertebrat yang berisi organ-organ seperti perut, usus, buah pinggang, dan hati. Invertebrat juga mempunyai abdomen , tetapi struktur dan bahagian-bahagiannya berbeza dengan abdomen vertebrat. Contoh Ayat: Abdomen interverbrat dibentuk oleh siri plat atas cekung yang disebut sebagai tergit dan plat atas cembung yang dikenali sebagai sternit, di mana keseluruhannya dicantum oleh membran yang boleh diregang.

Abdikasi

Maksud: Turun dari takhta kerajaan dengan kehendak/kerelaan seseorang raja itu sendiri. Contoh Ayat: Abdikasi Sultan daripada takhta Agong amat mengejutkan kerana baginda baru sahaja naik takhta beberapa bulan yang lalu.

Abdi

Maksud: Hamba, hamba tebusan, orang yang dimiliki oleh seseorang lain (atau entiti) dan terpaksa melakukan apa saja yang diperintahkan oleh tuannya (tanpa mempunyai kebebasan atau hak sendiri). Contoh Ayat: Rama sering bermain telefon pintarnya tanpa menghiraukan tanggungjawabnya yang lain seolah-olah telah menjadi abdi kepada gajet tersebut.

Abar

Maksud: Dinding, penyekat, penghalang. Boleh digunakan dalam bentuk ' abar-abar '. Contoh Ayat: Amerika Syarikat ingin membina abar di sempadannya dengan Mexico.

Abang

Maksud 1: Saudara lelaki yang lebih tua daripada seseorang (biasanya seibu seayah dengannya). Contoh Ayat: Dia mempunyai seorang abang . Maksud 2: Panggilan khususnya kepada saudara tua lelaki (antara adik-beradik). Contoh Ayat: Abang Zul gemar bermain bola sepak, manakala saya gemar bermain catur. Maksud 3: Panggilan kepada lelaki yang lebih tua sedikit. Contoh Ayat: 'Bolehkah saya mendapat nama abang ?' Maksud 2: Panggilan kepada suami. Contoh Ayat: ' Abang , bolehkah kita makan malam di luar hari ini?'

Abaka

Maksud: Nama sejenis pokok pisang (Musa Textilis) yang seratnya digunakan untuk membuat tali. Contoh Ayat: Pokok abaka banyak ditanam di negara Filipina, Ekuador, dan Kosta Rika.

Abah

Maksud 1: Arah, tuju. Contoh Ayat: Tahap kemabukannya yang tinggi menyebabkan dia memandu tidak tentu abah . Maksud 2: Ayah, bapa. Contoh Ayat: Dia bercita-cita untuk menjadi jurutera seperti abah nya. Maksud 3: Digunakan dalam abah-abah . Tali-temali pengawal kuda/perahu/perkakas tenun/lain-lain. Contoh Ayat: Abah-abah mestilah dipasang kepada kuda sebelum menunggangnya.

Abadi

Maksud 1: Sentiasa ada/wujud, kekal (tidak bermula atau berakhir). Contoh Ayat: Tuhanlah satu-satunya yang abadi . Maksud 2: Wujud/berterusan selama-lamanya, kekal (sepanjang hayat). Contoh Ayat: Ramai insan yang merayau jauh untuk mencari kasih sayang yang abadi .

Aba

Maksud: Hama/kuman/bakteria/virus/basil/zarah. Digunakan dalam ' aba -daba'. Contoh Ayat: Cadar dan sarung bantal haruslah dicuci sekurang-kurangnya sekali dalam dua minggu untuk mengelakkan penyebaran aba -daba.

A

Maksud 1: Seruan untuk melahirkan kegirangan atau menyatakan persetujuan. Contoh Ayat: 'Itu dia, a , macam itulah caranya!' Maksud 2: Seruan untuk menunjukkan terlupa akan sesuatu. Contoh Ayat: 'Nama bukunya... a , nanti saya cuba ingatkan!'